Latihan ICT Kreatif _How Secure Your Password
9 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2020 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan kelas latihan ICT Kreatif mingguan seperti biasa dan seramai 10 orang peserta yang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan menyertai kelas ini yang diadakan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Pada sesi kali ini pelajar mempelajari cara mencipta kata laluan Pada permulaan kelas, petugas menerangkan ciri-ciri kata laluan yang selamat dan berkongsi cerita bersama peserta. Seterusnya peserta diminta menghasilkan 5 jenis kata laluan dan peserta yang dapat menghasilkan kata laluan yang betul dan paling selamat diberikan hadiah misteri
Tujuan aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari teknik menghasilkan kata laluan yang kukuh dan selamat seperti menggunakan kombinasi huruf, nombor, huruf besar dan huruf kecil serta simbol/karektor khas
• Peserta dapat mempelajari cara menggunakan salah satu applikasi yang dapat menguji kekuatan kata laluan dengan memaparkan berapa lama sesebuah komputer mengambil masa untuk ‘meneka’ kata laluan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: